YB Kita
24,015 Tiket Terjual, Debaran Paroi Kian Memuncak Menjelang Aksi NSFC Lawan Selangor FC

Paroi – Suasana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semakin hangat menjelang perlawanan penting Liga Super 2025 yang mempertemukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan Selangor FC. Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 24,015 tiket telah terjual, menandakan sokongan padu penyokong.
Pihak penganjur memaklumkan bahawa tiket kini semakin terhad dengan kurang 2,000 keping masih dijual dan penyokong dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan di saat akhir.
Tiket boleh diperoleh melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my atau di Wisma PBNS sehingga jam 4.30 petang hari ini.



