LENGGENG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datoβ Mohd Asna Amin menyerahkan bantuan kewangan perkahwinan RM500 kepada 25 pengantin baharu.
Mohd Asna berkata, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Sejahtera Rakyat (SSR) dan bantuan perkahwinan RM500 diberikan kepada setiap anak negeri yang mendirikan rumah tangga kali pertama.
“Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu orang muda atau bagi yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.
βBantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pasangan muda yang memulakan kehidupan baharu.
“Bagi yang belum mendaftar, hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Lenggeng atau boleh juga layari laman n9.digital untuk maklumat lanjut,” kata Mohd Asna.