YB Kita

29 asnaf terima bantuan kewangan daripada Tok Mat sempena Aidilfitri

RANTAU: Ramadan terus disemarakkan dengan nilai kebersamaan dan keprihatinan apabila seramai 24 orang asnaf fakir dan miskin menerima bantuan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Dato’ Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis santunan yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sendayan.

Penerima bantuan ini terdiri daripada sembilan orang asnaf Kariah Masjid Sri Sendayan, Masjid Sheikh Haji Ahmad (14 orang) dan Masjid Kariah Felda Sendayan (enam orang).

Selain itu, para asnaf turut menerima bantuan Ramadan sebanyak RM300 serta bantuan Aidilfitri iaitu RM500 bagi asnaf miskin dan RM700 bagi asnaf fakir sebagai persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan kepada para penerima sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan ini,” kata Mohamad.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merakamkan penghargaan kepada para pembayar zakat yang terus menjadi asbab kepada penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Para penerima turut menerima bantuan tambahan daripada MAINS bersama beg makanan. Turut hadir, Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Mahadi Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button