Berita

33 pelajar cemerlang SPM 2024 terima sumbangan RM16,500 daripada Faizal

BAGAN PINANG: Seramai 33 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 menerima insentif kewangan berjumlah RM10,500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Angkat Bagan Pinang, Dato’ Mohd Faizal Ramli.

Mohd Faizal berkata, seramai 33 pelajar cemerlang SPM dari empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Saujana, SMK Kampung Baru Sirusa, SMK Intan Perdana dan SMA Telok Kemang menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

“Keputusan semakin baik dan jumlah pelajar cemerlang juga semakin bertambah.

“Peningkatan prestasi ini tercapai hasil usaha semua pihak.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua anak-anak, ibu bapa, guru-guru, pengetua-pengetua dan ketua-ketua kampung yang sentiasa memainkan peranan bagi memastikan kejayaan anak-anak.

“Nasihat saya kepada anak-anak supaya terus berusaha dan bila berjaya di masa hadapan, jangan lupa asal usul kita.

“Bantu semula ibu bapa yang telah banyak berkorban dan guru-guru yang sentiasa berusaha untuk dapatkan keputusan cemerlang,” ujar Mohd Faizal.

Mohd Faizal yang juga ADUN Linggi berkata demikian di Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 DUN Bagan Pinang di Klana Beach Resort, Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button