BeritaProgram

Format baharu Piala Dunia Kelab FIFA 2025

Kalau sebelum ini Piala Dunia Kelab FIFA macam kejohanan ‘biasa-biasa’, edisi 2025 bakal jadi game changer.

Kenapa kali ni hype dia lain macam?

Sedikit Sejarah

Bermula pada tahun 2000, tapi edisi tahunan lepas tu kurang menyengat.

Format lama hanya tujuh pasukan dan kurang persaingan.

Juara dari kelab eropah hampir selalu menang.

Apa yang buat Edisi 2025 lain?

✅ Format Baharu: 32 pasukan macam World Cup negara.

✅ Setiap empat Tahun: Lebih eksklusif, lebih dinanti.

✅ Lokasi: Amerika Syarikat (promosi besar-besaran).

✅ Pasukan Gergasi: Manchester City, Real Madrid, Bayern, PSG, Flamengo, Al Ahly, Al Hilal, dan banyak lagi.

✅ Streaming Percuma: Semua 63 perlawanan akan ditayang LIVE.

✅ Hadiah USD100 juta: Kelab bukan main-main lagi.

✅ Bintang Dunia? Mungkin penampilan terakhir Messi bersama Inter Miami atau akan ada kelibat CR7 disaat-saat akhir?

Senarai pasukan gergasi yang dah sah layak:

🌍 Eropah (UEFA) – 12 Pasukan

Kelayakan berdasarkan juara UCL dan ranking kelab UEFA (2021–2024):

1. Manchester City – England
2. Real Madrid -Sepanyol
3. Chelsea – England
4. Bayern Munich – German
5. Paris Saint-Germain (PSG) – Perancis
6. Inter Milan – Itali
7. Benfica – Portugas
8. Juventus – Itali
9. Borussia Dortmund – German
10. Atlético Madrid – Sepanyol
11. RB Leipzig – German
12. Salzburg – Austria

🌎 Amerika Selatan (CONMEBOL) – Enam pasukan

Kelayakan berdasarkan juara Copa Libertadores 2021–2024 dan ranking kelab:

1. Palmeiras – Brazil (2021)
2. Flamengo – Brazil (2022)
3. Fluminense – Brazil (2023)
4. Botafogo – Brazil
5. Boca Juniors – Argentina
6. River Plate – Argentina

🌏 Asia (AFC) – Empat Pasukan

1. Al Hilal – Arab Saudi (Juara ACL 2021)
2. Urawa Red Diamonds – Jepun (Juara ACL 2022)
3. Al Ain – Arab Saudi
4. Ulsan HD – Korea Selatan

🌍 Afrika (CAF) – Empat Pasukan

1. Al Ahly – Mesir (Juara CAF CL 2020–21 & 2022–23)
2. Wydad Casablanca – Maghribi
3. Mamelodi Sundowns – Afrika Selatan
4. Espérance Sportive de Tunis – Tunisia

🌎 Amerika Utara, Tengah & Caribbean (CONCACAF) – Empat Pasukan

1. Monterrey – Mexico (Juara 2021)
2. Seattle Sounders – Amerika Syarikat (Juara 2022)
3. Club León – Mexico (Juara 2023)
4. UANL – Mexico

🌐 Oceania (OFC) – Satu Pasukan

1. Auckland City FC – New Zealand (Kelayakan automatik berdasarkan ranking)

Tuan Rumah Amerika Syarikat – Satu Pasukan

1. Inter Miami CF (Layak sebagai pasukan dari negara tuan rumah, pilihan oleh FIFA)

💡 Jumlah Keseluruhan: 32 Pasukan

📅 Tarikh: 15 Jun – 13 Julai 2025

📍 Tempat: Amerika Syarikat

Jangan pelik kalau nanti anda tengok final antara Manchester City lawan Flamengo, atau Al Hilal lawan Real Madrid.

Ini bukan lagi kejohanan biasa.

Ini pentas kelab terbaik dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button