Berita

400 warga emas meriahkan Usiamas Fun Walk

SEREMBAN: Seramai 400 orang warga emas meriahkan program Usiamas Fun Walk 2024.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, program tersebut diadakan bersempena Hari Warga Emas.

“Program tersebut diadakan di Taman Tasik Seremban.

“Program sebegini juga merupakan satu usaha yang sangat bermakna bukan sahaja untuk memperingati sumbangan golongan warga emas tetapi juga untuk memupuk semangat kekeluargaan, kesihatan dan kerjasama antara generasi.

“Tahniah kepada Persatuan Usiaemas Negeri Sembilan dan Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PEMANIS) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atas penganjuran program sebegini,” kata Noorzunita.

Show More

Related Articles

Back to top button