Berita

78 pelajar cemerlang SPM 2024 DUN Sikamat dapat hadiah wang tunai daripada Aminuddin

SIKAMAT: Seramai 78 pelajar cemerlang SPM 2024 dari DUN Sikamat yang mencatatkan keputusan 6A dan ke atas menerima hadiah wang tunai daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

“Alhamdulillah, pada pagi hujung minggu ini saya berkesempatan meluangkan masa bersama warga DUN Sikamat dalam Majlis Penyerahan Inisiatif Kerajaan Negeri serta meraikan kejayaan anak-anak yang cemerlang dalam SPM 2024 bertempat di Dewan Komuniti Taman Coral Height.

“Majlis ini memperlihatkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat merangkumi pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

“Antara bantuan yang disampaikan ialah:

i. 20 penerima Bantuan Anak Sekolah.

ii. 51 penerima Bantuan Anak Negeri.

iii. 53 penerima Bantuan Warga Emas.

iv. 16 penerima Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi.

v. 17 penerima Bantuan Belia Berkahwin.

vi. 78 pelajar cemerlang SPM 2024 dari DUN Sikamat.

“Tahniah dan syabas kepada adik Raja Nuradilah Fariha Raja Sharikee, pelajar terbaik DUN Sikamat yang telah mencatat keputusan membanggakan iaitu 8A+ dan 3A.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih pelajar, sokongan ibu bapa serta dedikasi para guru.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada adik-adik yang lain untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button