Berita

Apa beza possession football dengan straight football?

Ada peminat-peminat bolasepak tanahair bertanya kenapa tiada Afiq Fazail dan Natxo Insa dalam barisan utama skuad Harimau Malaya?

Afiq dan Natxo adalah jenis pemain tengah yang mengawal tempo permainan dan sinonim dengan possession football.

Maknanya kedua-duanya akan memulakan dan menetapkan tempo permainan menerusi kawalan bola yang lama.

Jenis pemain tengah sebegini akan mengorkestra permainan dengan hantaran-hantaran sesama rakan sepasukan sebelum mengubah tempo permainan apabila tiba masa untuk melakukannya.

JDT adalah kelab bolasepak yang mempraktikkan konsep sebegini (mengawal pemilikan bola) dan sebab itu lah Afiq dan Natxo menjadi pilihan utama JDT di bahagian tengah hingga ke hari ini.

Berbeza dengan skuad kebangsaan. Corak permainan dan falsafah bolasepak adalah berbeza dengan di JDT.

Di bawah jurulatih Peter Clamovski, Harimau Malaya menerapkan corak permainan straight football.

Di mana penguasaan bola yang lama tidak menjadi fokus utama.

Sebaliknya fokus utama adalah mengejar jaringan di kubu lawan menerusi gerakan serta hantaran pantas dan ringkas.

Formasi ini tidak memerlukan stylish midfielder seperti Afiq sebaliknya cukup dengan menggunakan seorang holding midfielder (Nooa Laine) dan playmaker (Hector Hevel).

Namun Afiq juga boleh bertindak sebagai game changer, sekiranya keadaan memerlukan.

Kesimpulannya tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama tidak bermaksud pemain itu tidak cukup bagus, tetapi tidak diperlukan berdasarkan keperluan taktikal.

Keempat-empat pemain tengah yang admin sebutkan tadi juga adalah set pemain tengah yang berkualiti dan kontributif dengan peranan-peranan yang berbeza di atas padang.

Kredit: Empayar Darul Takzim

Show More

Related Articles

Back to top button