Aminuddin sah bertanding di Linggi, Nor Azman di Sikamat

KUALA PILAH: Desas desus hampir dua minggu akhirnya terjawab hari ini apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun diumumkan akan bertanding di DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Negeri Sembilan.
Pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Aminuddin untuk DUN Linggi pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN-16 Negeri Sembilan di Dataran Melang.
Tanda tanya siapakah yang akan mengantikan Aminuddin di DUN Sikamat juga terjawab malam ini apabila Setiausaha Politik kepada Aminuddin iaitu Nor Azman Mohamad diumumkan sebagai calon.
Menarik perhatian Ahmad Shahir Mohd Shah yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Aminuddin pula diumumkan sebagai calon bagi DUN Paroi.
Berikut senarai 36 calon Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi PRN-16 Negeri Sembilan:
N01 Chennah: Loke Siew Fook
N02 Pertang: Muhammad Umry Abdul Khois
N03 Sungai Lui: Zainal Fikri Abd Kadir
N04 Klawang: Dato’ Ir. Bakri Sawir
N05 Serting: Yaacob Mahmood
N06 Palong: Muhammad Zahin Zinal Abidin
N07 Jeram Padang: G.Manivannan
N08 Bahau: Teo Kok Seong
N09 Lenggeng: Zarinna Abu Zarin
N10 Nilai: J.Arul Kumar
N11 Lobak: Chew Seh Yong
N12 Temiang: Wayne Ho Weng Wah
N13 Sikamat: Nor Azman Mohamad
N14 Ampangan: Dato’ Muhammad Nazri Kassim
N15 Juasseh: Mohamad Aidil Abdullah
N16 Seri Menanti: Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa
N17 Senaling: Mohd Hanis Mohd Alimin
N18 Pilah: Dato’ Noorzunita Begum Mohamad Ibrahim
N19 Johol: Mohd Zailan Mohd Munawar
N20 Labu: Dato’ Ahmad Faez Abdul Razak
N21 Bukit Kepayang: Nicole Tan Lee Koon
N22 Rahang: Desmond Siau Meow Kong
N23 Mambau: Lee Kai Yet
N24 Seremban Jaya: S.Mugunthan
N25 Paroi: Ahmad Shahir Mohamad Shah
N26 Chembong: Danish Nazran Murad
N27 Rantau: Dr. Azizul Hakim Mahdi
N28 Kota: Muhammad Allif Ibrahim
N29 Chuah: Dato’ Yew Boon Lye
N30 Lukut: Choo Ken Hwa
N31 Bagan Pinang: Nasir Rahman
N32 Linggi: Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun
N33 Sri Tanjung: Dato’ Dr. G.Rajasekaran
N34 Gemas: Siti Aishah Seman@Osman
N35 Gemencheh: Dato’ Abd Latif A. Tambi
N36 Repah: Veerapan Superamaniam



