Berita

Aminuddin umum geran RM20,000 kepada persatuan komuniti yang berjaya

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mengumumkan geran RM20,000 kepada mana-mana Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Persatuan Penduduk (PP) yang berjaya dalam melaksanakan program SejaTi MADANI.

Aminuddin berkata, ia adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong pelaksanaan program-program ini.

“Tutup sahaja 2025, mana-mana JPKK dan PP yang diisytihar berjaya, kita akan beri geran tersebut.

“Saya juga tidak mahu program SejaTi MADANI ini gagal.

“Hal ini kerana, program ini adalah peluang kepada persatuan untuk menjana pendapatan selain membuka ruang pekerjaan di kawasan mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Menandatangani dan Penyampaian Nota Persefahaman Sektor Aktiviti Hijau dan Kitar Semula bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button