Aminuddin umum kadar sewa gerai PBT turun 20 peratus

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun hari ini mengumumkan penurunan kadar sewa gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini.
Aminuddin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan telah bersetuju mengurangkan kadar sewa gerai milik PBT sebanyak 20 peratus.
“Pengurangan kadar sewa gerai sebanyak 20 peratus ini akan bermula bulan Jun ini sehingga bulan Disember 2026 nanti.
“Pengurangan kadar sewa gerai ini melibatkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah Tampin, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Jelebu.
“Impak kewangan daripada pengurangan kadar sewa gerai ini ialah sebanyak RM1.4 juta.
“Bilangan premis yang terlibat sebanyak 5,199 unit,” jelas Aminuddin.



