Berita

Anak muda jangan takut bermimpi besar: Aminuddin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited membantu anak muda dalam bidang pendidikan, sukan, teknologi, keusahawanan dan kepimpinan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri mahu melahirkan belia yang bukan sekadar mencari pekerjaan, tetapi mampu mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

“Dunia hari ini berubah sangat pantas. Anak muda yang mampu menguasai ilmu, teknologi dan kemahiran baharu akan menjadi generasi yang memimpin masa depan negara.

“Saya berharap sambutan Hari Belia Negara kali ini menjadi suntikan semangat kepada semua anak muda untuk terus melangkah ke hadapan.

“Jangan pernah rasa diri terlalu kecil untuk membawa perubahan.

“Sejarah membuktikan banyak perubahan besar dunia bermula daripada keberanian 10 anak muda yang percaya kepada impian mereka.

“Gunakan usia muda ini untuk belajar, membina pengalaman dan mencipta sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Bandar Sendayan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merasmikan sambutan ini yang bertema ‘Menggerak Belia MADANI’.

Show More

Related Articles

Back to top button