ADUNMenarik

Arul sumbang RM20,000 kepada SMK Nilai Impian

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan RM20,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah melakukan persediaan bagi memulakan sesi persekolahan dengan melengkapkan beberapa barang keperluan.

“Sumbangan ini merupakan peruntukan daripada Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Sebanyak 17 buah sekolah dalam DUN Nilai yang saya sedang cuba memenuhi keperluan mereka sama ada dari segi infrastruktur atau dana bagi aktiviti sekolah.

“Beberapa buah sekolah lain akan diberikan barangan keperluan dalam masa terdekat ini,” ujar Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button