Arul tinjau jalan lama Seremban-Mantin
SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar telah turun padang bagi meninjau melihat tahap keselamatan pengguna jalan tersebut.
Arul Kumar berkata, terdapat sebahagian jalan belum dipasang lampu jalan.
“Walaupun begitu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menjalankan kerja-kerja pemasangan tiang lampu jalan terutamanya kawasan kerap berlaku kemalangan.
“JKR juga akan memasang ‘guardrail’ di beberapa kawasan sebelah jalan yang sangat cerun dan sering menyebabkan kenderaan terbabas untuk mengelakkan kereta masuk ke dalam gaung.
“Selain itu juga, JKR dalam proses permohonan peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menaiktaraf longkang sebelah jalan tersebut untuk mengelakkan air hujan dan batu masuk ke atas jalan,” kata Arul Kumar.