Berita
Bangkitkan semangat patriotik dengan kibarkan Jalur Gemilang
NILAI: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyeru supaya orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan ini.
“Ini bagi membangkitkan semangat patriotik dalam diri dan ahli keluarga kita.
“Kibaran Jalur Gemilang ini adalah pendekatan paling mudah dalam menzahirkan semangat cinta akan negara.
“Jalur Gemilang yang dikibarkan perlulah cukup sifatnya, tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh.
“Hal ini adalah kerana bendera adalah gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
“Saya juga menjemput anda semua untuk kita berkumpul pada pagi 31 Ogos nanti di Dataran Majlis Bandaraya Seremban,” kata Aminuddin.