Berita

Beri sokongan kepada ‘bekas penghuni’: AMINUDDIN

MANTIN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyarankan masyarakat supaya terus memberi sokongan kepada ‘bekas penghuni’.

“Hal ini supaya kita dapat sama-sama membantu mereka untuk menempuhi ranjau setelah dibebaskan pada masa akan datang.

“Dalam masa sama, tidak ada istilah terlambat untuk berubah kerana sebagai manusia kita tidak boleh mengubah masa lalu, tetapi kita boleh mengubah masa depan dengan belajar daripada masa lalu.

“Terima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia mengadakan program ini supaya saya berpeluang beramah bersama Orang Di Selia.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi komitmen terhadap program-program sebegini dalam usaha memberikan stigma kepada masyarakat bahawa kita dapat memberi sinar baru kepada penghuni,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button