BeritaMenarik

Berusaha ke arah kecemerlangan bola sepak: MUSTAPHA

PORT DICKSON: Persatuan Bolasepak Daerah Port Dickson disaran terus berusaha ke arah pembangunan dan kecemerlangan bola sepak di daerah ini.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, beliau berharap Persatuan Bolasepak Daerah Port Dickson memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi bagi melahirkan lebih ramai pemain berkaliber.

“Saya akan sentiasa beri sokongan kepada Persatuan Bolasepak Daerah Port Dickson.

“Ini juga menandakan pengukuhan dan kesinambungan usaha persatuan dalam memajukan sukan bola sepak di daerah ini.

“Saya berharap kesepaduan yang wujud dapat memberikan semangat baru kepada ahli-ahli persatuan.

“Semoga Mesyuarat Agung kali ke-18 ini menjadi titik tolak untuk pencapaian lebih cemerlang dan kejayaan Persatuan Bolasepak Daerah Port Dickson,” katanya.

Mustapha berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Bolasepak Daerah Port Dickson kali ke-18 di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Mustapha juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button