SEREMBAN: Kerja-kerja menaik taraf dan memasang perhiasan di Dataran Seremban telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban baru-baru ini.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, beliau kesal apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan sebahagian perhiasan yang dipasang di Dataran Seremban.
“Vandalisme adalah suatu kesalahan jenayah dan jika ada bukti, tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.
“Sabit kesalahan pelaku vandalisme boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai.