Berita

Guru perlu cakna masalah dihadapi murid

SEREMBAN: Guru yang merupakan warga pendidik perlu cakna terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, hal ini supaya dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan pendidikan di sekolah.

“Dalam masa sama, pihak pengurusan sekolah dan juga guru perlu merencanakan tindakan segera yang boleh diambil untuk membantu murid.

“Mereka juga perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button