Berita

Bukan budaya ibu bapa Negeri Sembilan lepaskan tanggungjawab kepada sekolah

JEMPOL: Seramai 111 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2023, menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik SBP Integrasi Jempol 2024 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

“Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa usaha keras daripada anak-anak dan tidak terlupa jasa dan pengorbanan daripada guru.

“Walaubagaimanapun, ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikan kepada pencapaian anak-anak pada hari ini.

“Ingin saya menegaskan bukan budaya warga Negeri Sembilan untuk melepaskan tanggungjawab sewenang-wenangnya kepada pihak sekolah.

“Jadi ingin saya berpesan kepada ibu bapa untuk memikul tanggungjawab ini bersama demi memastikan kecemerlangan dan masa depan anak-anak,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada warga SBP Integrasi Jempol di Batu Kikir kerana mengekalkan prestasi indeks kecemerlangan yang berada pada 10 terbaik di seluruh Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button