Berita

Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kutip RM452.9 juta, hasil tahun 2020

Bersamaan 99.1% daripada sasaran walaupun berhadapan pandemik Covid-19

Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah berjaya mengutip hasil tahun 2020 sebanyak RM452.9 juta bersamaan dengan 99.1% daripada sasaran walaupun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Kutipan hasil ini juga adalah hadiah tahun baru bagi seluruh rakyat Negeri Sembilan. Sudah pastinya dengan kedudukan kewangan yang kukuh, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mampu membantu lebih ramai anggota masyarakat tidak kira situasi yang melanda.

Dalam pada itu, saya turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seluruh penjawat awam negeri sembilan kerana telah berjaya mengutip hasil tersebut.

Sesungguhnya ini adalah pencapaian yang luar biasa dan amat membanggakan.

Kedatangan 2021 disambut dengan penuh kebanggaan dan ini adalah bukti bahawa tidak ada yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita bersatu, berusaha dan bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi memastikan setiap inisiatif yang direncanakan didalam Belanjawan Negeri Sembilan 2021 dapat dilaksanakan demi kebaikan seluruh rakyat Negeri Sembilan, Insya-Allah.

Sekian, terima kasih

YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan
ADUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, KeADILan Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button