
Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sembilan menyarankan agar para pelancong sentiasa menggunakan perkhidmatan pengusaha pelancongan yang berlesen dengan MOTAC semasa membuat tempahan pengangkutan, penginapan, tiket lawatan, atau perkhidmatan sampingan lain bagi mengelakkan risiko penipuan.
Pastikan menyemak Pengusaha Pelancongan Berlesen melalui pautan berikut: https://www.motac.gov.my/semakan
Salurkan aduan (jika anda menjadi mangsa) kepada Unit Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan, Pejabat MOTAC Negeri Sembilan atau melalui pautan berikut: https://motac.spab.gov.my
Aduan anda mampu mengelakkan orang lain daripada menjadi mangsa.




