BeritaMenarikProgram

Elakkan promosi Skibidi

Ia mungkin sudah melekat di minda anda menerusi lagu parodi. Namun ia bukan satu trend yang baik kerana secara tidak langsung kita mempromosikan siri Skibidi Toilet yang tidak sesuai untuk kanak kanak.

Skibidi Toilet ialah siri video komedi yang menggabungkan unsur-unsur humor yang pelik, di mana ia memaparkan tandas antropomorfik (berbentuk manusia) yang mempunyai kepala yang muncul dari dalam mangkuk tandas.

Tandas ini biasanya “berperang” dengan watak-watak lain yang menyerupai kamera yang berjalan dan objek-objek lain.

Walaupun trend Skibidi mungkin kelihatan menyeronokkan dan menarik pada permukaannya, banyak versi Skibidi di media sosial mengandungi elemen yang tidak sesuai, termasuk aksi-aksi yang vulgar atau tidak bermoral, yang boleh memberi pengaruh negatif, terutama kepada remaja dan kanak-kanak.

Kita perlu lebih berhati-hati dalam mengikuti trend yang tular di media sosial.

Fikirkan sama ada ia memberi manfaat atau hanya mempromosikan perilaku yang tidak sesuai.

Kredit: Public Health Malaysia

SAYANGI DAN LINDUNGI KANAK-KANAK

TALIAN KASIH 15999

Show More

Related Articles

Back to top button