Berita

Empat keluarga terima sumbangan cek daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Sebanyak empat buah keluarga telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut diberikan dalam bentuk dan diserahkan di Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya.

“Dalam pada itu, saya juga turut menyerahkan sebuah khemah kepada Puan Christina bagi membantu beliau menjalankan perniagaan sarapan pagi di Bukit Emas.

“Selain itu, saya juga turut menyerahkan sebuah peti buah-buahan kepada Encik Subramaniam bagi menyokong aktiviti perniagaan beliau.

“Ini adalah usaha untuk membantu meningkatkan sumber pendapatan dan kebajikan rakyat setempat.

“Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat berterusan serta menjadi pemangkin kepada usaha berdikari dan kesejahteraan komuniti Seremban Jaya,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button