Fahmi cadang lahirkan ‘prompt engineer’ di semua NADI

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Dato’ Fahmi Fadzil mencadangkan satu inisiatif baharu untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan atau ‘prompt engineer’ di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Ini su[aya rakyat dapat memahami dan menggunakan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) yang selari dengan hasrat kerajaan.
Fahmi berkata, ‘prompt engineer’ mampu memahami dan menguasai penggunaan alat (AI) untuk membina aplikasi baharu yang dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat.
“Oleh itu, kita mahu ada sekurang-kurangnya seorang anak muda yang mahir bukan sahaja menggunakan AI, tetapi boleh membangunkan aplikasi yang mampu membantu masyarakat di kampung masing-masing.
“Sebagai contoh, aplikasi digital boleh dibangunkan di kawasan luar bandar seperti Pulau Banggi atau FELDA, secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang ekonomi setempat,” kata Fahmi.



