Berita

Faizal santuni mangsa kebakaran, hulur sumbangan kewangan

LINGGI: Rumah sebuah keluarga yang musnah 100 peratus di Kampung Telok, Pasir Panjang; menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Faizal Ramli.

“Rumah milik Zainah Hasan musnah 100 peratus mungkin berpunca akibat litar pintas.

“Alhamdulillah, semua ahli keluarga selamat dan sempat keluar.

“Walaubagaimanapun, semua barang keperluan dan dokumen-dokumen penting tidak dapat diselamatkan,” kata Faizal.

Faizal berkata, beliau juga telah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal dan lain-lain jabatan yang berkaitan untuk turun membantu.

Show More

Related Articles

Back to top button