YB Kita

Faizal sumbang RM97,200 kepada 488 warga emas sempena sambutan Aidilfitri

LINGGI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli telah menyampaikan Sumbangan Aspirasi Warga Emas 70 tahun kepada 488 warga emas sempena samburtan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Seramai 488 orang penerima warga emas Melayu Islam dari DUN Linggi telah menerima wang tunai RM200 secara one-off ini.

“Sama-sama kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT serta berterima kasih kepada para pemimpin negara dan negeri.

“Ini adalah hasil dari kestabilan politik dan kemakmuran negeri yang membolehkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan memberi sumbangan ini.

“Kali ini kita beri kepada orang-orang Melayu Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Semoga inisiatif ini menceriakan lagi sambutan Aidilfitri penerima bantuan,” kata Faizal.

Show More

Related Articles

Back to top button