YB Kita

Kampung Air Kuning dapat jambatan dan jalan baharu

LINGGI: Kerja-kerja membina sebuah jambatan baharu sedang giat dijalankan di Kampung Air Kuning.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata, permohonan untuk membina sebuah jambatan yang baharu telah dibuat selepas pilihan raya negeri yang lalu.

“Kemudahan jambatan yang baharu ini serta sebuah jalan masuk ke rumah penduduk di belakang Pekan Air Kuning sangat mendesak.

“Ini ialah kerana jalan yang digunakan selama ini melalui tanah milik individu lain yang akan dibangunkan oleh pemilik tanah.

“Apabila jambatan dan jalan baharu ini siap, ia akan memudahkan lagi pergerakan penduduk kampung untuk keluar masuk ke kampung ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Pengairan Saliran yang dapat menyelesaikan masalah penduduk ini dengan pembinaan jambatan dan jalan yang baharu,” kata Mohd Faizal.

Show More

Related Articles

Back to top button