Berita

Gred Purata SPM 2024 Negeri Sembilan meningkat

SEREMBAN: Gred Purata Negeri (GPN) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan sebanyak 0.15 iaitu 4.18 berbanding 2023 4.33 dan 2022 sebanyak 4.50.

Selain itu, bilangan calon yang layak mendapat sijil juga meningkatkan 94.43 peratus berbanding 30.39 peratus pada 2023.

Peningkatan ini menunjukkan prestasi pendidikan Negeri Sembilan berada dalam keadaan terbaik.

Dalam pada itu, bilangan murid yang tidak hadir semua mata pelajaran juga menurun kepada 190 orang bagi 2024.

Ini kerana pada 2023 menyaksikan seramai 305 orang calon tidak hadir dan seramai 620 orang calon pada 2022.

Berikut merupakan senarai bagi daerah terbaik berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Lulus Mendapat Sijil (LMS):

a) Rembau: GPS 3.34, LMS 96.95%

b) Kuala Pilah: GPS 3.87, LMS 97.38%

c) Seremban: GPS 4.14, LMS 93.84%

d) Tampin: GPS 4.39, LMS 96.70%

e) Jempol/Jelebu: GPS 4.43, LMS 96.78%

f) Port Dickson: GPS 4.65, LMS 92.16%

Sekolah GPS terbaik:

Kategori Sekolah Berasrama Penuh: Kolej Tunku Kurshiah – GPS 1.05

Kategori Sekolah Menengah Kebangsaan Agama: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail – GPS 1.55

Kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan: Sekolah Menengah Agama Nilai – GPS 1.66

Kategori Harian: Sekolah Menengah Kebangsaan King George V – GPS 2.13

 

Show More

Related Articles

Back to top button