Bantuan RM200 juta diagihkan kepada rakyat Negeri Sembilan sejak 2018

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (Sikamat-PH) berkata, sejak mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri pada tahun 2018, lebih RM200 juta telah diperuntukan serta diagihkan kepada rakyat melalui pelbagai Inisiatif Bantuan Kerajaan Negeri merangkumi sektor kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan pelbagai lagi termasuk bantuan kesejahteraan rakyat melalui kesemua 36 Pusat Khidmat DUN seluruh negeri.
Melalui sektor keusahawanan dan perumahan, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah membantu sejumlah penerima bantuan bagi setiap inisiatif yang dilaksanakan melibatkan peruntukan hampir RM50 juta seperti berikut:
Bil | Inisiatif | Tahun
Pelaksanaan |
Jumlah Penerima
(Orang) |
Jumlah Peruntukan |
1. | TUNS | 2019 – 2024 | 6,459 | RM19,000,000.00 |
2. | TUNS Plus | 2021 – 2024 | 650 | RM9,430,000.00 |
3. | TUNS Extra | 2023 | 14 | RM366,646.50 |
4. | NS Choice | 2024 | 30 | RM1,000,000.00 |
5. | Rumah Harapan
Rakyat |
2021 – 2024 | 212 | RM20,000,000.00 |
Jumlah | 7,365 | RM49,796,646.50 |
Aminuddin berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Seremban Jaya, P.Gunasekaren (PH) di Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.
Gunasekaren bertanya, berapakah jumlah penerima bagi setiap jenis bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat Negeri Sembilan sejak 2018, mengikut kategori seperti kebajikan, pendidikan, perumahan, kesihatan, dan keusahawanan?