BeritaYB Kita

Gunasekaren dengar rintihan masyarakat setempat

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk setempat di Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya pada Rabu bagi mendengar sendiri pelbagai isu, cadangan serta pandangan yang dibangkitkan oleh masyarakat.

Gunasekaren berkata, sesi pertemuan berkenaan menjadi platform penting untuk mendekati rakyat serta memahami keperluan sebenar komuniti di kawasan tersebut.

“Sesi ini memberi ruang kepada penduduk untuk berinteraksi secara langsung, berkongsi pandangan dan menyuarakan pelbagai keperluan komuniti demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diberi perhatian.

“Komitmen untuk terus mendekati rakyat dan memahami permasalahan mereka akan sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi pertemuan bersama penduduk setempat di Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren turut menegaskan bahawa hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan setiap isu yang dihadapi rakyat dapat ditangani dengan lebih berkesan serta menyeluruh.

Show More

Related Articles

Back to top button