Majlis Daerah Tampin terima sumbangan RM2,000 daripada Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Majlis Daerah Tampin bagi menyokong pelaksanaan Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih dan Selamat Peringkat Kebangsaan.
“Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan di medan selera, selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif kepada para pengunjung.
“Semoga peruntukan yang disalurkan ini dapat membantu menjayakan program berkenaan serta memperkukuh imej Daerah Tampin sebagai kawasan yang sentiasa mengutamakan aspek kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” kata Veerapan.



