Gunasekaren meriahkan program masak bubur lambuk KRT Fasa 5

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren telah turun padang bagi memeriahkan program memasak bubur lambuk.
Gunasekaren berkata, program tersebut dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seremban Jaya Fasa 5.
“Aktiviti yang dianjurkan bukan sahaja dapat menyemarakkan suasana Ramadan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat melalui semangat gotong-royong.
“Dalam majlis sama, saya turut memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM500 kepada KRT tersebut sebagai tanda sokongan kepada usaha dan aktiviti komuniti seperti ini.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan AJK KRT atas komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.
“Semoga usaha sebegini terus menjadi pemangkin kepada perpaduan dan keharmonian komuniti,” kata Gunasekaren.



