Berita

Gunasekaren prihatin prihatin keselamatan penduduk

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah turun padang bagi melihat aduan tebing longkang pecah di Taman Tuanku Ampuan Najihah.

Gunasekaren berkata, hasil tinjauan mendapati terdapat tebing longkang yang pecah dan juga telah runtuh di belakang rumah penduduk di sini.

“Dalam pada itu, saya juga turut menerima aduan daripada penduduk sekitar terdapat longkang tersumbat kerana dipenuhi dengan tanah selain dipenuhi sampah sarap.

“Oleh itu, saya telah panjangkan aduan kepada pihak berwajib bagi tindakan selanjutnya.

“Ini bagi memastikan keselesaan serta keselamatan penduduk sekitar,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button