Berita

Hampir RM99 juta bantuan kebajikan diagihkan kepada 33,971 penerima kurang berkemampuan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (Sikamat-PH) berkata, jumlah penerima bantuan pada tahun 2018 adalah seramai 5,441 penerima meliputi jumlah peruntukan sebanyak RM13.161 juta.

Bagi tahun 2019 pula, seramai 4,854 orang penerima Bantuan Am JKM telah dibantu melibatkan peruntukan sebanyak RM11.53 juta.

Bagi tahun 2020, seramai 4,864 orang penerima Bantuan Am JKM telah diagihkan melibatkan peruntukan negeri sebanyak RM12.45 juta.

“Manakala bagi tahun 2021 pula, seramai 4,724 penerima Bantuan Am JKM telah dikenal pasti melibatkan peruntukan sebanyak RM15.75 juta.

“Bagi tahun 2022, sebanyak RM15.47 juta telah diagihkan kepada 5,010 penerima dan sebanyak RM15.521 juta telah diagihkan kepada 4,543 penerima Bantuan Am JKM bagi tahun 2023.

“Pada 2024, JKM telah menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM14.872 juta bagi 4,535 penerima.

“Jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 33,971 orang penerima JKM dengan jumlah peruntukan sebanyak RM98.754 juta,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Seremban Jaya, P.Gunasekaren (PH) di Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-15.

Gunasekaren bertanya, berapakah jumlah penerima bagi setiap jenis bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat Negeri Sembilan sejak 2018, mengikut kategori seperti kebajikan, pendidikan, perumahan, kesihatan, dan keusahawanan?

Show More

Related Articles

Back to top button