Berita

iFest KEMAS terap nilai Islam pada usia muda

SeremSEREMBAN: Festival Kesenian Islam (iFest) dan Karnival Healthy and Bright Kids yang dianjurkan oleh KEMAS Negeri Sembilan merupakan satu usaha untuk memupuk nilai Islam dalam diri kanak-kanak pada usia muda.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ia merupakan wadah yang baik untuk melahirkan masyarakat yang ‘Khairul Ummah’.

“Program sebegini sangat bagus kerana ia juga dapat mendidik anak kita untuk menjadi hufaz pada usia muda.

“Program seperti ini juga harus diwark-warkan seluruh Negeri Sembilan.

“Ia bagi menunjukkan sekolah milik kerajaan juga mampu melakukan yang terbaik.

“Secara tidak langsung kita dapat menarik minat ibu bapa di kawasan luar bandar untuk menghantar anak mereka ke KEMAS,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button