Berita
LPPKN bakal anjur program Kesedaran Kanser di Chuah
CHUAH: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bakal menganjurkan Program Kesedaran Kanser Reproduktif bersama komuniti Chuah pada 3 Oktober ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yew Boon Lye berkata, program tersebut akan diadakan di Dataran Homestay Pachitan dan bermula seawal jam 8:30 pagi.
“Beberapa pemeriksaan kesihatan turut diadakan seperti pemeriksaan gula dan kolestrol.
“Selain itu, mammogram dan pemeriksaan HPV DNA juga akan dijalankan sepanjang program.
“Saya menyeru semua warga Chuah untuk sertai program ini bagi mendapatkan manfaat daripadanya,” kata Boon Lye.