Menarik

Ismail hargai tokoh kemerdekaan DUN Labu

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah menziarahi Tokoh Kemerdekaan Kampung Pulau, Encik Hussin Kahar.

Ismail berkata, Encik Hussin dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) kerana perkhidmatan beliau.

“Khidmat dan bakti beliau pada masyarakat khususnya penduduk Kampung Pulau tidak dapat disangkal.

“Semangat seperti ini perlu diteruskan khususnya golongan belia,” kata Ismail.

Ismail juga turut menziarahi Puan Jumariyah Kandar di Kampung Lambar.

“Puan Jumariyah Kandar merupakan Tokoh Kemerdekaan Kampung Lambar kerana pengorbanan beliau sebagai seorang ibu tunggal yang membesarkan sembilan orang anak selepas kehilangan suami pada usia muda.

“Program Jelajah Merdeka ini memberikan saya kesempatan untuk berjumpa dan bertanya khabar tokoh kemerdekaan DUN Labu.

“Secara tak langsung dapat mengeratkan silaturrahim,” ujar Ismail.

Turut hadir sama dalam lawatan ini Pengerusi MPKK Kampung Pulau, Encik Lazimda; Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Encik Ismail Mohd Aneepa; MPKK Kampung Lambar, Encik Khamis Musa dan Pengerusi MPKK Kampung Kilang Padi, Puan Fazillah Abdul Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button