
Ramadan telah berlalu, namun amalan tidak seharusnya terhenti.
Istiqamah bukan bermaksud melakukan amalan yang banyak, tetapi konsisten dalam kebaikan walaupun sedikit.
Cabaran sebenar adalah mengekalkan momentum ibadah dalam kehidupan seharian. Mari amalkan lima tip ini:
1. Amalan kecil, ganjaran besar
Cukup amalan yang mampu dibuat secara konsisten (Contoh: Satu muka surat Al-Quran atau dua rakaat sunat).
Amalan yang berterusan lebih dicintai Allah.
2. Wujudkan ‘Momen Ramadan’
Luangkan 10 minit setiap hari (Seperti selepas Subuh atau sebelum tidur) untuk zikir atau muhasabah sebagai penguat jiwa.
3. Bina rutin (Trigger)
Gabungkan ibadah dengan rutin harian. Contoh: Baca Al-Quran selepas Subuh atau istighfar sebelum menggunakan telefon.
4. Teruskan berdoa
Jangan putus memohon: “Ya Allah, tetapkan hatiku dan jangan Engkau kembalikan aku kepada diriku yang dahulu.”
5. Persekitaran yang baik
Dekati majlis ilmu dan perkongsian bermanfaat bagi membantu jiwa terus cekal.
Firman Allah SWT: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu…” (Surah Hud: 112)
Semoga kita terus diberi kekuatan untuk beristiqamah sepanjang hayat.



