Kelibat buaya tembaga di Kampung Kuala Lukut

SRI TANJUNG: Jabatan Perhilitan Negeri Semmbilan mengesahkan bahawa menerima aduan berhubung kehadiran seekor buaya tembaga di kawasan jeti Kampung Kuala Lukut, Port Dickson.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada pemilik restoran berhampiran .
“Ini merupakan kemunculan pertama dalam tempoh 20 tahun.
“Buaya tersebut didapati menceroboh masuk ke kawasan jeti sewaktu fenomena air pasang besar.
“Jarak antara jeti ke laut yang berukuran 140 meter juga menjadi penumbang utama kemasukan reptilia tersebut.
“Setakat ini, tiada kerugian harta benda atau kecederaan dilaporkan.
“Jabatan Perhilitan telah menjalankan pemantauan rapi di sekitar lokasi untuk memastikan keselamatan penduduk setempat.
“Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri mahupun provokasi sekiranya terjumpa hidupan liar tersebut.
“Sebarang maklumat atau aduan lanjut boleh disalurkan terus kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di talian 1-800-88-5151,” kata Rajasekaren.



