Berita

Jangan biarkan ahli parti dalam kesusahan

SIKAMAT: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyeru ahli parti supaya tidak membiarkan ahli parti berada dalam kesusahan.

“Ia sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga mereka dan melihat keperluan mereka.

“Ketua kampung dan ahli majlis yang dilantik menggunakan kuota parti sepatutnya mengambil peranan ini.

“Ini supaya tidak timbul isu tiada ahli parti yang dijaga, walaupun pada asasnya maklumat tidak sampai.

“Oleh itu saya nak kita semua menjaga ahli parti kita.

“Sekiranya perlu diziarah, ringankan badan untuk menziarahi mereka ,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button