Berita
JHEAINS santuni warga PDK Telok Kemang

PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Program Menyantuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Kemang.
Program yang dianjurkan sebagai satu inisiatif JHEAINS Daerah Port Dickson dalam menyemarakkan nilai ihsan, kasih sayang dan kebersamaan dengan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk sesi ramah mesra, penyampaian sumbangan, serta pengisian kerohanian yang bertujuan menyuntik semangat dan menceriakan para peserta.
JHEAINS dalam pada itu turut memberi penghargaan kepada pihak pengurusan PDK Telok Kemang, sukarelawan, penyumbang, serta semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program tersebut.



