Berita

Kadangkala keputusan yang tidak popular jamin kepentingan ekonomi

PUTRAJAYA: Apabila negara semakin membangun dan jumlah penduduk bertambah, keperluan terhadap sistem pengangkutan yang efisien menjadi semakin mendesak.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membangkitkan perkara tersebut sewaktu Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri 6 (Prasarana Malaysia Berhad) dan menambah bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat soal pengangkutan awam, baik darat, laut mahupun udara, kerana ini bukan sekadar soal infrastruktur tetapi soal keselesaan dan masa depan rakyat.

“Alternatif terbaik demi manfaat rakyat, tanpa mengabaikan kecekapan dan keperluan masa depan sentiasa dicari, bukan sahaja dalam bidang pengangkutan, tetapi juga dalam aspek lain yang menjadi keutamaan seperti kesihatan dan pendidikan.

“Justeru, Forum Ilmuan MADANI ini menjadi platform untuk membuka ruang wacana yang sangat bermakna berkaitan permasalahan rakyat dan tindakan kerajaan untuk mengatasinya.

“Sebelum memutuskan dasar atau kaedah terbaik, kita perlu mendengar pandangan pelbagai pihak, termasuk hal-hal yang sebelum ini dianggap remeh seperti isu urbanisasi, dasar pengangkutan negara, serta suara komuniti OKU.

“Saya maklumkan bahawa dan masa depan negara,” ujar Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button