Berita

Kadar tol boleh turun jika kos pembangunan lebuhraya dikawal

SEREMBAN: Kadar tol berkemungkinan boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuhraya dapat dikawal dek terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan,” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan).

Dalam pada itu, Anwar berkata, keselesaan kepada rakyat bukan hanya meliputi infrastruktur dan fasiliti berkaitan perumahan sahaja tetapi juga terkait lebuhraya demi kemudahan pengguna sewaktu ke destinasi masing-masing.

“Saya maklumkan bahawa tekad Kerajaan MADANI adalah bagi memastikan kepentingan rakyat termasuk hal keselesaan diutamakan ketika menggunakan fasiliti yang ada di lebuhraya.

“Saya percaya, R&R Seremban Arah Selatan ini yang mengaplikasikan konsep pembangunan lestari (hijau) menggunakan tenaga suria (solar) dan ‘rainwater harvesting’, dijangka dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan air hatta memanfaatkan pengguna dan juga pihak pengoperasian,” kata Anwar.

Anwar juga sempat beramah mesra menyantuni pengunjung, peniaga dan staf operasi R&R selain melihat sendiri surau yang disediakan untuk kemudahan termasuk solat Jumaat seusai mendapat kelulusan pihak berwajib kelak.

Show More

Related Articles

Back to top button