Berita
Keberhasilan dalam sektor pertanian tumpuan kerajaan
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memastikan keterjaminan makanan dan keberhasilan ekonomi melalui pendekatan yang lebih inovatif dan teknologi dalam sektor pertanian.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, perkara tersebut menjadi agenda dalam mesyuarat bersama Exco-Exco Pertanian Negeri di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
“Selain itu, hala tuju sektor pertanian negara dan usaha bagi memperkukuhkan kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Exco setiap negeri turut menjadi tumpuan.
“Saya berharap agar semua pihak dapat berganding bahu dalam melaksanakan inisiatif ini demi manfaat rakyat dan negara,” kata Mohamad Sabu.