BeritaYB Kita

Kejohanan Olahraga Platform Cungkil Bakat Atlet Muda – Teo Kok Seong

BAHAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong menegaskan program sukan di sekolah memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat atlet muda selain membentuk sahsiah dan disiplin pelajar.

Menurut Teo, penganjuran kejohanan olahraga dan balapan bukan sekadar acara tahunan sekolah malah menjadi medium untuk memupuk semangat berpasukan serta nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.

“Program seperti ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat atlet muda, malah turut membentuk disiplin, semangat berpasukan dan nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.

“Semangat kesukanan yang ditunjukkan para pelajar sepanjang kejohanan ini amat membanggakan dan wajar diteruskan,” katanya.

Teo berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali Ke-62 Tahun 2026 di Sekolah St. Aidan Bahau, pagi tadi.

Dalam pada itu, Teo turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru dan seluruh warga sekolah atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

“Tahniah kepada semua pelajar, guru serta warga sekolah atas semangat kesukanan dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini.

“Semoga semangat ini terus dipupuk demi melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button