Berita

“Kekalkan Tok Min, Pertahankan Yamtuan, Yang Ada Sudah Baik Jangan Diganggu” – Penduduk

LINGGI: Seorang warga emas berusia 75 tahun menyuarakan harapan agar kepimpinan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan serta kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir terus dipelihara dan dipertahankan.

Menurutnya, sekiranya sesuatu pentadbiran telah membawa manfaat kepada rakyat, ia perlu dipertahankan dan diperkemaskan dari semasa ke semasa.

“Saya sokong apa yang sudah ada.

“Yang sudah ada ini dah baik dan kekalkan dan kemaskan mana yang masih kurang.

“Bagi saya, janganlah ganggu perkara yang sudah memberi manfaat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita Negeri Kita disini.

Beliau berkata, kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir perlu terus dihormati kerana ia merupakan lambang maruah negeri.

“Saya minta satu sahaja, pertahankan kedudukan Tuanku Besar yang ada sekarang.

“Jangan dibuang, jangan diganggu-gugat kerana itu maruah kita,” katanya.

Mengulas mengenai sokongan terhadap Aminuddin, warga emas itu berkata beliau sanggup hadir bersama ahli keluarga ke Linggi bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos 2026.

“Insya-Allah saya akan datang bersama tiga beranak ke Linggi untuk mengundi Aminuddin Harun.

“Sejauh ini Negeri Sembilan sudah bagus dan semakin berkembang.

“Apa yang ada sekarang kita tambah baik bukan terus menggantikan dengan sesuatu yang belum pasti,” katanya.

Dalam pada itu, warga emas berkenaan turut menolak pandangan sesetengah pihak yang mendakwa masyarakat di Negeri Sembilan berdepan ancaman dari segi hubungan antara kaum berdasarkan pengalamannya tinggal di negeri itu.

Katanya, hubungan antara masyarakat Melayu, Cina dan India kekal harmoni tanpa sebarang masalah besar.

“Saya tidak nampak ada isu itu. Saya berkawan dengan semua kaum, Melayu, Cina dan India.

“Kita boleh hidup bersama, berbincang dan bergurau seperti biasa. Tidak ada masalah,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya mengamalkan politik yang lebih matang dengan mengetengahkan usaha dan penyelesaian berbanding memburukkan pihak lain.

“Jangan suka memburukkan orang.

“Tunjukkan sahaja apa yang boleh kita lakukan untuk rakyat.

“Kita buat perkara yang baik, itu lebih penting,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button