Berita

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: KPWKM anjur 16 program

PUTRAJAYA: Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menganjurkan 16 program utama pada peringkat serantau antaranya Forum ICT ASEAN mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian 2025, Persidangan ASEAN tentang Penjagaan Warga Emas, Sidang Kemuncak WPS ASEAN kedua, The New Frontier of Care Seminars dan Program Pasangan Sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program lain yang akan dianjurkan kementeriannya ialah termasuk Memorandum Persefahaman Malaysia-Singapura, Ekspo OSAKA 2025 dan Sambutan Ulang Tahun Konvensyen Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) ke-30.

“Turut akan dibentangkan ialah The Nexus of Trafficking and Disability and Addressing Trafficking in Persons among Vulnerable Groups oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kedua-dua pembentangan ini menekankan keperluan kepada perlindungan menyeluruh terhadap kanak-kanak melalui pelaksanaan dasar yang bersifat inklusif serta pemantapan inisiatif menangani isu pemerdagangan kanak-kanak rentan termasuk mereka yang berkeperluan khas.

“KPWKM akan terus komited bekerjasama dengan semua pihak ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan selamat untuk generasi masa hadapan negara,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button