Berita
Individu kurang kemampuan terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan kepada Puan Thanapakiam Batumalai.
Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu Puan Thanapakiam yang menghadapi masalah kewangan akibat bil elektrik yang tertunggak.
“Puan Thanapakiam kini menjaga empat orang anaknya yang masih bersekolah selepas suaminya mengalami masalah kesihatan yang menghalangnya daripada bekerja.
“Oleh itu, sumbangan ini diberikan sebagai inisiatif untuk membantu keluarga ini.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka sekeluarga,” kata Gunasekaren.