Kepimpinan Islam harus diterap dalam keluarga
PALONG: Kepimpinan berteraskan Islam haruslah diterapkan dalam setiap rumah agar kepimpinan Al-Falah menjadi satu fenomena buat kita semua.
Itu antara intipati ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor di Majlis Perasmian Program Jom Dhuha Anak Istimewa dan Forum Tarbiyatul Aulad di Masjid An-Nur Felda Palong 8.
“Program ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja mendekatkan anak-anak istimewa kita kepada agama, tetapi juga memberi ilmu dan pencerahan kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.
“Melalui solat Dhuha bersama, anak-anak istimewa kita dapat merasakan keindahan beribadah dan merapatkan diri kepada Allah.
“Manakala forum Tarbiyatul Aulad menyediakan platform untuk berbincang dan berkongsi ilmu tentang cara terbaik mendidik anak-anak dalam suasana penuh kasih sayang dan didikan Islam.
Marilah kita terus menyokong dan memberi perhatian kepada pendidikan dan kesejahteraan anak-anak kita, kerana mereka adalah pemimpin masa depan,” kata Mustapha.